Tujuan utama kelas E-Sukan dan Pembangunan Diri diadakan adalah memberi peluang kepada pelajar untuk membina kemahiran penting seperti disiplin, komunikasi, kepimpinan, kerja berpasukan dan pengurusan masa. Melalui aktiviti yang dijalankan, pelajar bukan sahaja dapat meningkatkan prestasi dalam e-sukan, malah dapat membentuk sahsiah diri yang positif dan bertanggungjawab. Diharapkan kelas ini dapat melahirkan pelajar yang seimbang dari segi kemahiran digital, akademik dan pembangunan diri serta bersedia menghadapi cabaran masa hadapan.
https://balairingin.nadi.my/e-sukan-e-sukan-dan-pembangunan-diri-2/