Pusat Sebaran Maklumat Balai Ringin adalah merupakan Pusat Sebaran Maklumat yang mula beroperasi pada 09 Disember 2014. Pada asalnya, bangunan Pusat Sebaran Maklumat Balai Ringin ini merupakan salah satu sebuah rumah sewa penduduk Kampung Melayu balai Ringin dan diubahsuai menjadi bangunan Pusat Sebaran Maklumat. Pusat Sebaran Maklumat( NADI ) dahulunya dikenali sebagai Pusat Jalur Lebar Komuniti ( PJK ) merupakan inisiatif Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia ( SKMM ) dengan kerjasama dan penyeliaan oleh Telekom Malaysia ( TM ) Berhad dan MSD Digital Intelligence Sdn Bhd.
