mcmc
Laporan Aktiviti

KEMPEN INTERNET SIHAT (KIS) – SK PLAMAN BAKI, MENAUL SERIAN

Rabu l 20 Ogos 2025 :
Program ini telah dilaksanakan dengan kerjasama NADI Kluster Serian Tebedu. Antara pengisian utama ialah Program Kempen Internet Selamat (KIS) yang menyasarkan murid tahap 1 dan tahap 2 sekolah rendah. Kempen Internet Selamat dijalankan di Dewan sekolah tersebut yang melibatkan 135 orang murid. Kempen ini menekankan penggunaan internet secara positif, had umur penggunaan media sosial, serta kesedaran tentang risiko dalam talian.

Selain daripada itu, Kempen Internet Sihat (KIS) ialah satu program yang dijalankan bagi memberi kesedaran kepada murid tentang penggunaan internet secara beretika, berhemah dan selamat. Pada era teknologi kini, murid-murid mudah terdedah dengan pelbagai bahan di alam maya. Oleh itu, KIS bertujuan mendidik mereka supaya menjadi pengguna internet yang bijak dan bertanggungjawab.

https://balairingin.nadi.my/kempen-internet-sihat-kis-sk-plaman-baki-menaul-serian/