USAHAWAN KECIL-KECILAN
|
Nama : Nor Aliza bt Matden Umur : 19 Tahun Ahli : 2016 |
Latar Belakang
Nor aliza bt Matden merupakan anak bongsu dari sepuluh orang adik beradik. Beliau masih menuntut di Politeknik Kuching, sarawak. Beliau sering menggunakan khidmat PI1M Balai Ringin dengan melayari internet bagi membuat promosi perniagaan beliau secara online. Beliau juga rajin menghadiri kelas yang dijalankan di PI1M Balai Ringin.
Sebelum penggunaan ICT / Penglibatan PI1M
Beliau kurang mahir dalam menggunakan kemudahan ICT untuk tujuan promosi dan membuat iklan poster. Nor Aliza hanya berniaga di sekitar kampung dan pelanggannya rakan-rakan terdekat sahaja. Beliau juga sering mengalami kesukaran melayari internet kerana hanya bergantung dengan penggunaan telefaon bimbit ( smart phone ) sahaja.
Selepas penggunaan ICT / penglibatan PI1M
Selepas penglibatan beliau dengan PI1M dan penggunaan ICT, beliau mudah untuk melayari internet untuk mempromosi produk beliau. Pendapatan dan tempahan untuk produk beliau juga semakin bertambah. Pelanggan yang membeli dan membuat tempahan bukan sahaja dikalangan rakan-rakan sekolah dan penduduk sekitar, malah dari tempat lain juga (melalui media sosial – Facebook ). Perniagaan beliau juga semakin maju dengan adanya jualan produk lain selain kek hari jadi, beliau juga menjual biskut. Selain daripada itu, beliau dapat membayar yuran pengajian setiap semester dengan menggunakan hasil jualan beliau.
Nor Aliza ( yang ketiga dari kanan – baris ketiga )
Bengkel Keusahawanan ( membuat roti & pizza ) di PI1M Balai Ringin

Nor Aliza ( bertudung hitam ) bersama rakannya
Kelas Microsoft Words di PI1M Balai Ringin
