Pusat Sebaran Maklumat ( NADI ) Balai Ringin terletak kira-kira 39 km dari Bandar Serian. Terdapat beberapa buah Kampung lain yang berdekatan, iaitu Kampung Bayur, Kampung Sepan, Kampung Tepin dan Kampung Ensebang Padang Bilun. Berikut adalah alamat NADI Balai Ringin :
Pusat Sebaran Maklumat Balai Ringin
No.51, Kampung Melayu Balai Ringin
94700 Serian, Sarawak.
Penduduk Kg Balai Ringin terdiri daripada masyarakat Melayu (majoriti), Iban dan Cina. Terdapat pelbagai kemudahan awam yang terdapat di Balai Ringin seperti Klinik Ibu dan Anak, Balai Polis, Perpustakaan Awam, Sekolah, Kem Askar dan sebagainya. Selain daripada itu, terdapat juga Pekan Balai Ringin yang terletak berhadapan dengan Kg Melayu Balai Ringin dan juga merupakan tempat persinggahan bagi mereka yang melalui jalan utama, kerana terdapat Gerai Makanan yang menyajikan pelbagai jenis makanan dan minuman.
Sumber ekonomi penduduk kg Melayu Balai Ringin ialah Nelayan, sektor swasta, sektor Kerajaan, badan berkanun, sektor pertanian dan ada juga yang menjadi buruh.
MAKLUMAT ASAS KAMPUNG (PARLIMEN DAN ADUN )
PARLIMEN

NAMA : YBHG, DATO’SRI DORIS SOPHIA BRODIE
PARLIMEN : AHLI PARLIMEN P202 SRI AMAN
Sumber gambar daripada : dato sri doris sophia brodie – Bing images
ADUN

NAMA : YB SNOWDAN ANAK LAWAN
ADUN : N. 30 BALAI RINGIN
Sumber gambar daripada : yb snowdan lawan – Bing images