Pekan Balai Ringin atau lebih dikenali sebagai Bazaar Balai Ringin merupakan salah satunya tempat persinggahan para pemandu dan pengunjung yang menggunakan jalan utama dari Kuching ke Sri Aman. Antara sebab utama Pekan atau Bazaar Balai Ringin menjadi tarikan pelancong ialah kerana kedudukan yang strategik dan juga terdapat pelbagai Gerai makanan/minuman muslim dan non-muslim, malah terdapat juga beberapa kedai runcit yang menjual pelbagai keperluan harian. Selain daripada itu, ada juga pemandu yang singgah untuk menggunakan tandas awam. Terdapat juga Market Basah yang menjual pelbagai jenis sayur-sayuran, buah-buahan, ikan dan udang yang turut menjadi tumpuan pengunjung. Stall menjual pelbagai jenis kuih-muih juga terdapat di Pekan Balai Ringin.
KEDAI RINCIT PEKAN BALAI RINGIN

MARKET BASAH PEKAN BALAI RINGIN
