BAKED & CAKE BY MAKCU LEE
Baked & Cake by Makcu Lee diusahakan oleh Puan Azizah binti Zakaria yang merupakan penduduk tetap Kampung Melayu Balai Ringin. Puan Azizah membuat pelbagai jenis perisa kek seperti Vanila, coklat, pandan & red velvet. Pelanggan juga boleh membuat tempahan mengikut citarasa masing-masing. Selain itu, beliau juga mengambil tempahan kek untuk pelbagai majlis dan juga membuat penghantaran ke rumah pelanggan. Puan Azizah juga mempromosi produk beliau melalui media sosial seperti Facebook, Whatsapp & Instagram.



FYRAH NZ HOMEMADE
Fyrah NZ Homemade diusahakan oleh Puan Suria binti Sobang yang merupakan penduduk tetap Kampung Melayu Balai Ringin. Beliau membuat ‘Bun’ berinti seperti Bun Kacang merah, Kelapa dan Mentega. Selain daripada itu, beliau juga membuat ‘Bun Bertopping’ seperti Bun Cream Nestum, Coklat Chip, Bun Hotdog & Chicken Floss. Kesemua Bun yang dihasilkan dijual di Kampung & Pasar Balai Ringin. Puan Suria juga mempromosi produk beliau melalui media sosial seperti Facebook, Whatsapp & Instagram.
Bun Kacang
Bun Hotdog
Bun Kelapa & Mentega
Bun Coklat Chip
Bun Nestum & Chicken Floss
KEYCHAIN SULAMAN
Aslam bin Assan, berumur 15 tahun dan masih bersekolah merupakan penduduk tetap Kampung Melayu Balai Ringin. Beliau merupakan pengusaha ” Keychain sulaman ” secara kecil-kecilan. Beliau mula berkecimpung dalam bidang ini sejak dibangku sekolah lagi. Beliau mempromosi produknya melalui media sosial seperti Facebook, Whatsapp, Instagram dan terkini beliau bekerjasama dengan PEDi Balai Ringin untuk mempromosi produk Keychain Sulamannya. Aslam juga mempunyai pelbagai jenis dan warna Keychain Sulamannya dirumah malahan banyak tempahan dari rakan-rakan sekolahnya sudah cukup untuk membuat beliau sibuk dihujung minggu.

