NAMA : RASIDA BINTI RAZALI
UMUR : 33 TAHUN
AHLI : 2016
LATAR BELAKANG
Cik Rasida berusia 33 tahun merupakan anak kedua dari lima orang adik beradik, mula berniaga pada tahun 2017 di sekitar Balai Ringin dengan mengambil tempahan daripada pelanggan. Beliau menjual barangan art buatan handmade craft seperti felt stitch keychain, shrink paper keychain, nametag, jute bag dan air clay art dan juga menjual service polaroid printing & acrylic paint.
SEBELUM PENGGUNAAN ICT/PENGLIBATAN NADI
Sebelum penggunaan ICT dan penglibatan dalam program NADI, Cik Rasida menjalankan perniagaan handmade craft secara kecil-kecilan dan bergantung sepenuhnya kepada jualan secara tradisional melalui pelanggan tetap dan pameran tempatan.
SELEPAS PENGGUNAAN ICT/PENGLIBATAN NADI
Selepas terlibat dengan program NADI dan mula menggunakan ICT, perniagaan Cik Rasida berkembang pesat. Beliau belajar menggunakan media sosial untuk memasarkan produknya, malah tempahan kini datang bukan sahaja dari sekitar kawasan tempat tinggalnya, tetapi juga dari luar negeri. Pendapatan beliau meningkat hasil daripada capaian pelanggan yang lebih luas serta kemudahan promosi digital yang diperkenalkan melalui latihan NADI.
https://balairingin.nadi.my/q3-2025-usahawan-kecil-handmade-craft-rasida-binti-razali-2/