Sejarah Kampung Melayu Balai Ringin
Nama Kampung Melayu Balai Ringin diambil daripada sejenis haiwan yang bernama ” RINGIN ” atau lebih dikenali sebagai Merang. Kampung Melayu Balai Ringin ini telah dibuka pada tahun 1950. Spesis haiwan yang bernama Ringin atau Merang ini sangat banyak bertapak di sungai yang berdekatan kerana makanan spesis ini hanya ikan sahaja. Justeru itu, Kampung Melayu Balai Ringin ini diambil daripada nama spesis tersebut, sehinggalah sekarang. Penduduk di kampung ini kebanyakannya berasal dari kampung lain dan ada juga sememangnya merupakan penduduk tetap di kampung ini.
Dalam sesebuah kampung, memang sewajarnya memerlukan Ketua kampung yang memimpin sesebuah kampung. Begitulah juga dengan halnya Kampung Melayu Balai Ringin yang mana sejak mula bertapak ianya telah dipimpin oleh enam (6) orang Ketua Kampung iaitu yang pertama ialah Allahyarham Ketua Kampung Bujang bin Andang, yang kedua ialah Allahyarham Ketua Kampung Manap bin Mohamad, yang ketiga Allahyarham Ketua Kampung Sebli bin Latif, yang keempat Allahyarham Ketua Kampung Madrah bin Samat, yang kelima Ketua Kampung Bujang bin Nawi( merupakan Ketua kampung yang paling lama memimpin dari tahun 1978 sehingga tahun 2014 ) dan yang terahkir sekali Ketua Kampung yang baru sahaja dilantik pada tahun 2015 iaitu Ketua Kampung Mohamad Idris bin Manap.